Sahabat Keyboard

15 December 2012

Mungkir Janji~~ (One of My Sad Memory)

Assalamualaikum semua!!

Wahhhh!! My very last update was 12 July 2012!!! <almost 5 month>

Sorry.. I have said before that I'll try my best to spend time here -  in my life of blogging~~~ But, really unfortunately, I didn't prove my words~!

hurm~~ 5 bulan yang sungguh tak terasa perjalanan waktu itu... terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidupku dalam tempoh tak smpai setengah tahun ni...

My last update ada citer pasal konvo kan... (konon nak sambung ke part 2..tapi macam da lapuk pulak cerita tu)

Today, I wanna story mory about my really sad memory yang penah terjadi dalam hidup aku...

Semua orang tahu kan yang diri ini sangat rajin dalam mencari jawatan kosong & meng'pos' laju segala resume + sijil2 aku yang tak bape nak laku tu kan.. huhu! Sudah merata tempat aku pergi interview... segala petua interview dah aku try demi dapatkan kerja tetap... fuhhh~~ betul kata orang..

"SANGAT SUSAH NAK DAPAT KERJA SEKARANG INI" 

Terpaksa diakui kenyataan kat atas ni.. Sebab apa yang aku lalui sangat mencabar... Kita sudah mencuba sehabis baik, jawab masa temuduga dengan sebaik2 jawapan..senyum pada penemuduga sampai dah hilang manisnya (sebab dah tak larat nak senyum).. Tapi hujungnya, tetap gagal untuk mendapat kerja yang bersesuaian dengan kelulusan kita...

Bermula satu hari, aku dapat interview 2 hari berturut-turut untuk 2 tempat yang berbeza. Hari Rabu di Perbadanan Harta Intelek (as Penolong Pegawai Pendaftaran) & Hari Khamis di NIOSH (as kerani sementara)

Korang mesti berperasaan seperti aku jugak... Jika dibanding antara 2 jawatan tersebut, pastinya korang akan lebih memberi perhatian pada jawatan Penolong Pegawai tu ye tak?? Dah la jawatan tetap, gajinya masyuuukkkk wooo~~ =D

Interview aku lalui dengan baik sekali.. Sejujurnya aku katakan, kuat perasaan waktu itu jawatan kerani tu pasti berjaya aku dapatkan sementelah yang datang interview pada hari tersebut hanyalah dua orang sahaja... Orang yang interview pon macam berkenan la gak dengan aku ni.. hahahah!

Suatu hari~~ selang 2 minggu dari hari aku temuduga dua tempat tu.... Aku dapat panggilan telefon dari satu nombor pejabat...(bukan nombor handfon) awal2 pagi tau.. sebelum jam 8 pagi...

Dia kata dia dari NIOSH.. (dalam hati waktu tu, conform aku dapat keje la ni!)

"Hari tu Mazni ada datang interview kan?? Ni yang nak bagitau Mazni ni.. Mazni berjaya interview tu.. Masa interview Mazni ditawarkan sebagai kerani sementara kan.. Tapi, kali ni..kami tawarkan Mazni jawatan KERANI BERTARAF TETAP!" 

wahhhhhhh!! mau melompat aku time tu... waktu tu, aku dengan kak tasha nak pergi kafe beli breakfast... memang mood aku ceria habis la..!! hahah!! Untuk dengan rasminya aku mendapat kerja tu, aku harus buat medical check-up dulu.. Kalau aku disahkan sihat tanpa mengandung, aku akan berjaya.. & disebabkan aku ambil cuti mengejut..yang tahu perkara sebenar hanyalah kak tasha je...so, mau tak heboh satu unit MDV time tu bila tengok aku tak ada...!! hahahha!!

Hari berikutnya masuk office, hampir semua orang ucap tahniah sebab dapat tau yang aku dapat kerja baru.. Tak kurang jugak buat ayat-ayat touching... "Lepas ni tak dengar dah lah ketawa dia" oiiittt!! saya tak berhenti lagi la.. saya still di JPN...

Akhirnya, jawapan yang dinanti telah diterima... Secara rasminya aku dilantik ke jawatan kerani tu... Dengan wajah ceria aku tu, aku war-warkan lah pada semua kawan-kawan rapat aku dekat MDV tu... mostly cakap... "Wah.. tahniah..!!"

Group meja kak Tasha and the gang hampir berkata ayat yang sama dengan serentak...

"alaaaaa~~~ sedihnya... ika dah nak tinggalkan kitorang dahhh~~"

"ehh..jangan lah sedih... gembira la untuk ika.. ika dah nak pergi tempat baru ni... dah lah nak pergi jauh.. janganlah sedih..ika lagi sedih..." actually aku pon macam dorang jugak... memang sedih nak tinggalkan dunia penoh keseronokan & keriangan berdampingan dengan dorang.... Terlalu banyak yang kami kongsi bersama sehingga terasa berat sangat nak tinggalkan semua tu...

Cuba bayangkan, minggu sebelumnya kami semua macam biasa.. buat Qota 160..tidor dalam office..gelak sama-sama...makan berjemaah.. Tapi, semuanya jadi berubah minggu tu... Apabila aku datang nak join dorang borak-borak...pasti benda yang sama disebut...

"Lepas ni, ika dah tak ada dengan kita dah... ika dah nak tinggalkan kita... Dah tak dengar la lawak dia, ketawa dia... tak nampak dah nakal2, manja2 dia ni...."

:'( minggu yang penoh kesedihan... aku disuruh check-up kesihatan - Isnin. Hari pergi check-up - Selasa. Hari diberitahu dapat keja - Rabu (plus suprise party di dominos utk aku..thanx korang!) Hari perbincangan tertutup mereka untuk buat jamuan untuk pemergian aku - Khamis... Hari last - Jumaat..

Tibalah hari yang dinantikan... Nyata hari yang sangat menyedihkan..mengharukan... Mereka tau aku suka makan nasi kerabu...so menu hari tu, Nasi Kerabu.. Semua orang tontong duit nak beli barang.. aku sorang makan free.. huhu! punyalah sporting semua orang..sampaikan orang yang tak pernah makan nasi kerabu / tak suka nasi kerabu pon bagi duit untuk beli barang nak masakkan untuk aku...

Sangat meriah jamuan kecil hari jumaat tu... semua orang makan dengan gembira... sempat jugak aku buat doorgift untuk kenangan dorang... Kowt la masa tengok benda yang aku bagi tu time aku tak de, akan mengingatkan dorang pada budak nakal ni kan... =D

Semua buat muka biasa je hari tu... sampaikan waktu petang.. aku pon round la 1 ofis nak salam semua orang.. ada jugak yang masih tidak tau pasal aku nak resign tu... ramai yang ucap tahniah & pesan moga aku pandai-pandailah menyesuaikan diri kat tempat baru tu...

Last-last baru lah aku menyembah diri pada kawan-kawan aku yang paling banyak meluangkan masa dengar aku bebel hari-hari.. Yang tiap-tiap hari menceriakan hidup aku dengan senyuman & ketawa mereka... memang menitis air mata bila salam dengan dorang semua... Banyak hadiah yang aku terima.. Thanx korang semua.. Dah lah belanja aku makan.. siap dapat cenderamata lagi... huhuhu~~ baca kad tu lagi la double triple sedih~! 1st time ever aku meraung di khalayak~~ orang selalu tengok aku gelak je..sekali meraung bila baca ayat-ayat terakhir mereka...




Salam dengan Kak Aida dulu sebab dia rushing kena balik awal..rumah dia jauh sangat... aku menangis.. dia pun menangis.. "Jaga diri ika baik2 tau.. jangan lupa kami kat sini... kalau rindu..mesej la..call pun kami akan sentiasa jawab & dengar semua masalah ika"

betul2 terharu la dengan statement kak aida.. sangat ambil berat dengan aku... ika si kecik kembar nama aku tu pun pesan supaya aku jangan lupa dorang semua... dia baru je rapat dengan geng kami yang gila-gila ni..tapi berpisah dengan dia memang macam dah kawan lama.. touching!! Wahidah yang kuat ketawa dari aku pon hilang da kata-kata.. yang tinggal hanyalah wajah murung & tangis dia...

Part yang paling sedih bila mana nak salam dengan my most lovely sister - KAK TASHA! memang diakui..kami memang sangat rapat.. semua benda boleh dikongsi... dari hal nyata sampai la ke hal perasaan... & walaupun kami ni rapat macam belangkas..ke hulur ke hilir mesti bersama... Perasaan kecil hati, kecewa, dengki sama sendiri mesti ada... Banyak benda aku lukakan hati dia..& tak kurang juga dia melukakan hati aku... Tapi, itu yang mengajar aku erti persahabatan.. erti kasih sayang.. sejauh mana pun kita berlari apabila kecewa dengannya, pasti kita akan terasa hilang jika dia jauh dari kita... sebab perasaan saling memerlukan itu tetap ada..

Memang tak terluah kata2... Kak Tasha nak cakap "Ika..jaga diri tau.." tersekat2.. terasa susah nak luah sebab air mata mengalir macam air sungai yang tiada tanda-tanda mahu berhenti.. orang yang time tu tak balik lagi, ramai yang melihat ke arah kami... Wahidah yang tengok pon menangis... Mata aku jangan cakap la... dah bengkak teruk da...

"Akak pun jangan lupa ika tau.. ika sayang akak" Nak cakap ayat pendek ni pun susah beb... air mata lagi laju dari lidah.. memang kelu time tu...

Sangat sedih berpisah dengan Kak Tasha... sangat sedih berpisah dengan semua kakak2, wahidah & ika... sebab dorang dah macam sebati dengan aku... sangat memahami perangai aku.. & yang paling best..dorang sangat sayang aku macam mana aku sayang pada dorang...

Itulah tandanya wujudnya cinta + sayang dalam sesuatu ukhwah yang terjalin... Selalu kita abaikan perasaan orang lain yang sentiasa ada di depan mata.. Tetapi, sekali Allah tetapkan perpisahan selepas itulah kita akan sedar betapa kita sayangkan dia..& betapa perlunya mereka di sisi kita... Memang sukar menerima hakikat perpisahan jika kita menyanginya... tetapi jadi indah rindu itu jika kita sentiasa ingatkan dia & dia ingat pada kita...

To all of you... saya memohon maaf andai terlalu banyak perbuatan yang tidak indah dilihat.. & terlalu banyak kelukaan yang saya berikan kepada anda semua... Tapi saya nak sangat anda semua tahu betapa hati saya merindui kalian semua di MDV...buku qota, pensel tekan, pemadam, tag kuning, baju biru 5S, biskut raya, cornflakes madu, asam jawa gula, jambu kering, buku-buku ilmiah, cermin dove, susu ibu mengandung, kerusi roda, produk kulit, alamanda, congkak, bantal domo, picnic, nugget ayam, teh hijau jasmine, oat for lunch, tempe + kuah kacang, coklat, dolphin dalam kaca, kaktus, library, laksamana sunan, tokek, nasi lemak, rempeyek, kotak tisu kosong dan macam-macam lagi... kerana semua inilah yang membuatkan saya ingat pada awak semua... & menjadikan awak semua teristimewa di hati saya....

I Love u... Wish one day, Allah temukan kita semua kembali...  InsyaAllah...









No comments:

Post a Comment