Sahabat Keyboard

30 June 2012

Kenapa Tak Solat?? (Part 2)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. masih diberi peluang untuk menyambung tajuk ni.. rentetan daripada isu yang di publish semalam...



Jika semalam menyebut tentang ayat yang mengingatkan kita tentang solat... hmm.. hari ni, keyboard diketuk tentang kesan atau akibat apabila kita lalai dalam solat. Bila baca tentang balasan ini, mula terbayang, banyaknya hukuman yang bakal aku terima. Dulu selalu alpa. Mak suruh solat, buat tak tahu je.. sedangkan bukan tak reti tertib solat. hukum meninggalkan solat pun tau... Tapi otak dok selalu fikir.. umur masih muda. Lambat lagi nak mati kan.. terus lalai!

Bila dah makin besar ni, dah pandai IT sikit, dah ada FB.. ramai pulak kawan2 yang post pasal balasan orang yang tak solat. Mula rasa takut.. Tambahan pula, mak selalu cakap. mati tak kenal usia. kalau dah ditakdirkan kita mati dulu, muda2 pun boleh arwah! waktu tu, dah tak guna dah nak menyesal. DAH TERLAMBAT! Mungkin kita sedar atau tak, di zaman era moden yang serba canggih kini, dengan cara pemakanan yang tidak teratur, dengan bertambahnya unsur jenayah, makin ramai yang mati muda. Tak percaya? pergi google kat berita... Mula rasa takot.. dalam hati, selalu terbayang.. Kalau aku ditakdirkan mati sekarang, apa bekalan yang aku ada untuk hadap Allah nanti? cukup kew? lepas ke azab kubur? Selalu sebelum tidur mesti terfikir.. sekarang ni aku sedang enak tidur di atas tilam empuk... katakanlah aku bukak je mata nanti dah ada dalam tanah..macam mana?? (rasa nak terkeluar air mata..sebak sangat!)

isunya.. APAKAH BEKALAN KITA? CUKUP KE BEKALAN YANG ADA SETAKAT NI?

nauzubillah.. moga2 Allah terima semua amalan kita...

Mari kita kongsikan balasan meninggalkan solat.. moga menjadi iktibar kepada diri sendiri dan semua... Dipetik daripada blog Masjid Wilayah.


Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu,  seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.



SEKSA NERAKA

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas " Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda

" Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam


SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada

henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.


CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.


Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.


Enam seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.

2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.

3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.

4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.

5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.

6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.



Tiga seksa tatkala hendak mati:

1. Dia mati dalam kehinaan.

2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.

 3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas


Tiga seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.

2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.

 3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.


Tiga seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.

2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.

 3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka? Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."

29 June 2012

Kenapa Tak Solat?? (Part 1)

Assalamualaikum semua... 



Hari ni pemilik keyboard ini bercuti ganti.. JPN bagi cuti ganti kerana jasa baik kami menghadirkan diri bekerja pada hari Sabtu dan Ahad bersempena pengauditan 5S 18 Jun lepas.. Alhamdulillah.. walaupun secara paksa kami disuruh untuk mengambil cuti ganti tersebut pada bulan Jun juga atau sehingga minggu depan, dapat jugalah merasa CUTI BERBAYAR.. hehehhe! Ramai yang mau mengambil cuti berganti ni untuk Hari Raya nanti.. Tapi tak dapat... Kesian~~ 


Hmm... 


Jadualku pada hari cuti seperti biasa.. Mak kerja kan.. So, ikut mak la pergi 'opis' die.. hahahah!! balik je library tu, on je tv, terhidang siaran Al-Hidayah kat TV3 tu.. Tajuk pada hari ni amat menarik... 'KENAPA TAK SOLAT'.... Soalan yang semua orang terkulat-kulat nak menjawabnya apabila ditanya oleh orang lain.. Nak2 pulak kalau yang bertanya tu adalah orang - orang yang alim.... 






Isu utama di sini adalah.. KENAPA KITA SANGAT BERAT UNTUK MENUNAIKAN SOLAT??? sedangkan kita telah dididik dari kecil2 lagi... SOLAT ITU WAJIB... tapi kenapa kita masih ambil ringan bab ini... Ustaz selalu ingatkan, dosa besar meninggalkan solat. Mak selalu kata, "kalau korang tak solat, nampaknya tak adalah sedekah fatihah untuk mak dalam kubur nanti..." dalam maksudnya kan? 


Mesti ada yang kata, "alah..tak solat pun boleh je bace fatihah untuk mak bila2 masa" betul ke statement kita tu? sedangkan solat yang wajib pun kita boleh ambil ringan, apatah lagi ibadah sunat yang lain?? hmm.. teringat satu kata2 yang dipetik daripada seorang ustaz semasa mendengar ceramah beliau dulu... 


"Ada manusia yang menunaikan ibadah sunat, tetapi meninggalkan ibadah wajib" kenyataan ini tak dapat disangkal lagi.... nawaitu pembuatnya tidak dapat dipastikan.. tetapi ada juga yang mengatakan, mereka melakukan ini kerana ingin menunjuk (riak) kepada orang lain. Wallahualam..


Semua mengetahui... PERKARA YANG PALING RINGAN DALAM DUNIA ADALAH MENINGGALKAN SOLAT... kenapa jadi begitu?? Ini kerana, kita punya 1001 sebab untuk meninggalkan solat. Tak percaya? tanya diri sendiri.. apabila kita meninggalkan solat, apa alasan yang kita beri? tak ada masa lah... kita bermusafir lah... tak sihat lah.. tak larat untuk solat la.. sibuk dengan segala urusan la... macam2.... 


Tetapi, kita selalu lupa bahawa Islam bagi kemudahan yang terlalu banyak dalam menunaikan solat. Allah tidak pernah membebankan hambaNYA dalam melakukan ibadah. Kalau sebab sakit, Allah beri kelonggaran untuk melakukan solat ikut kemampuan kita. Tak boleh berdiri, kita duduk. Tak boleh duduk, boleh baring. 


Kalau sebab tak ada masa, 24 jam sehari Allah beri, 1 waktu solat lebih kurang 10 minit. darab 5 waktu solat (kalau Subuh & maghrib lebih pendek) lebih kurang 50 minit sehari je untuk solat. tak sampai sejam pun. Tapi kalau drama (muhasabah diri) boleh je menanti drama 2 jam sampai habis. konsert pon, dengan hujan boleh redah je demi menunggu persembahan terakhir. Itu tak termasuk tengok siaran bola. sanggup kunci jam, catu waktu tidur, semata2 nak menghadap tv pagi2 buta... itu semua kenapa kita sanggup? 


Kita terlalu dipasakkan dengan hiburan yang pastinya kita tau siapa yang mencipta semua hiburan ini kan? selalu kita tengok dekat FB.. siapa angkara disebalik hiburan yang selalu kita agung2kan...? hmm... Berbalik kepada tajuk utama... KENAPA TAK SOLAT? sedangkan kita sendiri tau segala tertib solat. Bermula daripada Niat hingga memberi Salam. Segala bacaan kita hafal. Sebab dulu mase sekolah ade PAFA kan. Nak lulus SPM wajib hafal semua tu.. Tapi, dicipta pelajaran PAFA tu ada faedahnya. Bukan hafal semata2.. Tetapi untuk diamalkan... 


Time sekolah dulu selalu ustazah pesan kan.. 'Jangan Tinggal Solat, Solat Itu Tiang Agama' seperti sebuah rumah, jika tiada tiang yang kukuh, maka runtuhlah rumah itu. Ustaz dalam Al-Hidayah tadi pun ada menyatakan. "perkara pertama yang dihitung Allah semasa di Akhirat kelak adalah SOLAT. Jika solat tidak dilakukan, maka pincanglah semua amal ibadat lain yang kita lakukan."


Di sini dapat disimpulkan bahawa segala ibadat sunat, sedekah jariah, menjadi anak yang baik pada ibu bapa, seolah2 menjadi sia2 hanya kerana solat tidak dijaga. Menjaga solat bukan beerti menunaikan solat sahaja ya.. tetapi juga menunaikannya dengan sempurna. Jangan kita buat ala kadar je....fikir dalam kepala, janji solat! no! alang2 dah buat, buat betul2... Macam tugasan pejabat, kita akan buat dengan fokus yang tinggi kan..

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang orang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)

                                                                                                             InsyaAllah bersambung....

27 June 2012

Dart - Kelebihan & Kekurangan

Assalamualaikum~~~


Hari ni hari yang amat penat.. sangat sibuk... Pagi2 dah ada perhimpunan bulanan JPN.... wajib pergi bagi kami... 2 jam perhimpunan... balik office buat qota... tengahari pergi main indoor game.. lepas habis break, sambung bertugas... huh~~ terasa berat tangan menyiapkan kerja... mata mengantuk... badan letih...



Entry kali ni bukan nak bercerita pasal jadual aku hari ni... tapi nak berkongsi sedikit info yang aku dapat daripada indoor game yang aku main lunch time tadi..






 DART!! 1st time ever aku main... kenapa aku join, pon tak tahu la... Kak Tasha (member office) tetibe ajak aku main dart untuk main dalam jabatan.. entah nape, mulut aku laju je berkata.. "macam best je..boleh la nak main" hahahah!! 


Sejujurnya aku ni bukan la jenis manusia yang aktif bersukan.. indoor game yang aku pandai pon congkak & batu seremban je... tapi kali ni aku di ajak untuk bermain dart... Dalam fikiran ingat game ni mudah je.. Apa yang susahnye... baling je la Tip (yang rupanya macam anak panah tu) pada papan dart.. pastu kira markah! senang kan!! 


Ternyata!!!! Fikiranku jauh meleset... bila pegang je tip tu.. tiba2 hati rasa tak sedap... rase takut nak baling... banyak mata memerhati ni.. dorang cakap.. "main je... jangan takut..." ok....! ni bukan perlawanan lagi.. just latihan kecil untuk pemilihan siapa yang layak main untuk final... 


Aku pun mula la angkat tip tu.. mengarah ke papan dart... dalam hati terdetik... "Asal la jarak aku dengan papan dart tu jaoh sangat?? asal la tinggi sangat papan dart tu?" (memang tinggi pon papan tu kalu nak compare dengan ketinggian aku yang tak bape nak tinggi ni kan..) dengan takot2 + hati yang penoh keredhaan.. aku pon lempar je la tip tu diiringi dengan jeritan.. hahhahah!! buat malu je.. balingan pertama menjunam ke lantai.. mau jahanam tip tu aku kerjakan.. abang2 yang mengajar tu dalam gelak bagi support lagi.. dorang tetap suruh aku terus habiskan lagi 2 tip kat tangan aku time tu... (sumenye 3 tip perlu dibaling)


Dan semuanye memang melekat kat papan dart.. tapi kat luar dari lingkaran papan dart.... memang fail la main game ni.. Susah gilerrrr!!


hmmm... berbalik kepada tajuk aku kat atas tu... 


Berdasarkan taklimat dorang tu.. aku simpulkan 3 kelebihan dart ni...


  1. menjadikan kita lebih fokus.. ye la.. nak aim pada papan dart tu kan. 
  2. yakin pada diri sendiri... sebab hati kena yakin mase baling.. kalu tak confident, memang lari ke tempat lain la tip tu.. 
  3. belajar mengira point daripada hasil balingan! hahahah!! masa main tadi... pengajar tu dok asyik tanya lepas dia balingkan tip tu.. "hah! itu bape markah?" terkulat2 kitorang dok mengira pakai otak... =D

Selain tu... aku dapat jugak 3 kekurangan daripada game dart ni....


  1. rasa rendah diri aku, bertambah2 rendah.. =( papan dart tu tinggi sangat~~ huhu!
  2. mengundang rasa ketakutan yang melampau... aku rasa takot sangat2 mase pegang tip tu.. sebab asyik terkeluar daripada sasaran... pulak tu menjunam atas lantai, dan mengakibatkan tip tu patah dua & JPN terpaksa keluar budget nak beli tip baru.. hahah!
  3. Hilang kesabaran! asyik tak kene sasaran je.. mau tension weiii!!


walau apa pun... dart ni sebenarnya satu game yang sangat menguji minda dan mata untuk berjaya mendapat markah yang tinggi... & aku walopon rase takot dengan dart tu.. actually terbit gak di hati nak beli satu nak letak kat rumah.. boleh main hari2~~ =D hehe!

26 June 2012

Kemunculan Semula

uhuk2!! Bismillahirrahmanirahim.... Assalamualaikum semua yang membaca.. heheh.. dah berhabuk da blog aku ni...



welcome back to myself~~! dah setahun meninggalkan blog tnpa khabar berita...kini aku kembali menaip di sini.. tetapi dengan azam baru... suasana baru... & idea baru! 


long time no writing... tetibe je jadi rindu balik untuk meluangkan masa di sini... ramai yang tanya, bile mau kembali menaip blog??? semuanya angkara "Kisah di Kampus" aku tu... Berhenti secara tiba-tiba tanpa pesan.. :) 


Pasti korang masih ingat lagi bagaimana rupa blog aku yang dulu... ingat lagi tak?? dengan header nye xde.. just ade nama aku je... "Aku Mazni Syafiqah" nampak sangat idea cetek kan... dengan background bunga2 & reben dengan warna merah hati yang tak tukar2.. da macam blog budak2 da~~ malu dengan member2 yang blog nye jaoh lebih advance daripada aku.... nak buat mcm mana... cetek IT... tak reti nak modified blog sendiri.. puas minta tolong orang sane.. orang sini.. semuanya bizi.. 


Disebabkan dengan presentation blog aku dulu la... aku malu nak publish pape2 lagi... segan nak share pe yg aku taip kat FB... rasa malu sangat.. takot2 orang kate.. "blog tak menarik langsung" huhuhuh!! aku tak salahkan orang.. tapi salahkan diri sendiri sebab cetek knowledge...


TETAPI... start dari sabtu yang lepas... tetibe je hati tergerak untuk mencuba menggodam blog sendiri.. Nak jugak cuba membuat blog sendiri tanpa bantuan orang lain.. Kononnye nak belaja la... heheh..! dengan berpandukan blogger2 yang senior2.. aku buat everything sendiri... dari header (smpai tidor pown pukul 2) buat header je pown.. pakai photoshop kan... memang lembab la.. belaja plak sendiri kat utube~~ huhuhu! 


Alhamdulillah... Syukur sangat2... Allah bagi ilmuNYA.... aku berjaya jugak... walaupun mungkin tidak seberapa cantik berbanding dengan blog orang lain yang jaoh lebih hebat.. tapi aku puas hati.. sebab berjaya buat semuanya dengan usaha sendiri.. tak de lah asyik mengharap orang kan.. =D


Dengan idea dan nafas baru ni... aku akan cuba lebih perbaiki dalam penulisan blog.. walaupun blog ini d create tahun lepas, tapi aku masih baru dalam penulisan yang baik... kepada blogger2 yang dah terror dalam dunia blogging ni, kalau ada pape kekurangan pada blog aku ni... Kowt2 la korang ade idea yang lebih menarik untuk dikongsi.. bolehlah mesej aku di FB.. jasa baik korang, aku appreciate sangat2! 


enough for promotion~~! lepas ni aku akan luangkan lebih masa untuk menaip lagi perisian yang lebih memberi faedah & jugak cerita2 yang mungkin menarik! thanx for reading!! Thanx for support! =D


AHLAN WASAHLAN TO MY NEW BLOG!