Sahabat Keyboard

12 July 2012

Konvo - Part 1

Assalamualaikum semua....!


Hari ni, tibe2 tergerak hati nak lihat gambar2 yang di tag member2 di FB. Terjumpa kembali foto2 indah ketika hari konvokosyen kami. Sangat sweet. Jari terasa ringan pulak nak menaip di keyboard tentang perasaan & pengalaman yang kami semua alami semasa 3 hari kami berkampung di Amsterbernam tu. Hehe! Sudah lebih 2 bulan konvo berlalu. Kisah2 tentang konvo dah tidak lagi kedengaran, apatah lagi 'mengomen' pica konvo! :) 



Apabila menatap kembali album konvo yang di post oleh semua sahabat2. Hati tiba2 jadi sayu. Tak tahu kenapa. Rasa nak menangis pun ada. Terdetik di hati. Bila lagi dapat berjumpa, berkumpul, berbual, ketawa, bergurau bersama seperti dulu? Tidak dinafikan, masa masih menuntut dulu, hati melonjak2 tak sabar2 mahu tamatkan pengajian dengan pantas. Tapi sekarang ni, rasa macam nak ulang kembali waktu! Tak terkata indahnya saat belajar dulu! walaupun, ada yang menitiskan air mata kerana dilukai sahabat, ada yang kecewa putus cinta di kampus, ada yang frust menonggeng bila kena repeat paper, tapi itu semua merupakan satu kenangan terindah yang tak mampu diulang kembali. hmm.. sekarang sudah dewasa. masing2 membawa haluan. Yang sambung belajar, yang terus mencipta kerjaya & tak kurang juga yang sudah disunting orang! =D


ok! stop muqaddimah!! actually entry kali ni nak bercerita tentang saat2 indah bertemu kawan2 sehinggalah kami meraikan konvokesyen kami! 


Bermula di sini.... 


Hari tu hari Rabu bersamaan dengan 16 Mei 2012. Erfa dah berjanji mahu menumpangi aku (kira aku gerak dengan kereta dia la) jam 2.30 petang dekat masjid Bukit Changgang. Excited di hati. Tapi Co-Pilot sorang ni tak sedar diri sebagai penumpang. Boleh pulak aku datang lambat! Pilot pulak yang kene tunggu aku. hahahha!! (Sorry erfa) Ketibaan aku disambut gembira (budget macam sambut menteri la) hahah! mak & ayah erfa pun ada sekali. Seperti parent2 orang lain, mereka punya wasiat penting nak disampaikan kepada anak2 mereka ni. bila 2 parent bertemu dan bercerita pasal anak2 ni, mula la rasa diri ni kene umpat depan2 kan. hahahhha! tapi, pesanan daripada mak erfa yang mungkin aku lupa sampai bila2 ialah... "Mazni, cubit2 si erfa ni kalau dia bawak laju. Tengok die drive. Jangan kamu tidor pulak! memang padan la!" hahhahahah!!


Lepas tu kami pun mulalah perjalanan kami. Dengan berkat doa keselamatan dari parent kami, kami berserah & tawakal dengan segala yang bakal kami tempuhi sepanjang perjalanan. Almaklumlah. 1st time kami gerak jauh sendiri tanpa keluarga. Kami gerak dua kereta kereta erfa & kereta kak aina. Tapi, last minit aku diberitahu kawan kak aina bakal join sekali roud tour kami.. & nak dijadikan cerita, tengah2 perjalanan kami bertiga, berlaku sedikit masalah yang menyebabkan kak aina terpaksa bergerak ke depan dan meninggalkan kawannya di belakang. so, kembali road tour 2 driver. 


Perjalanan selama dekat 4 jam langsung tak terasa. Aku ni kira sorang yang mabuk jalan. Kalau naik kereta terlalu lama, mula la rasa mual la, mengantuk la. Tapi kali jauh berbeza dari sebelumnya. Sepanjang perjalanan macam2 la kami cerita. (Dah lama tak jumpe kan. macam2 mahu kongsi) Berhenti makan di McD pon bercerita lagi. Sambung pulak dalam kereta balik. huhuhu! memang best! 


Dapat call daripada Dayah. Waktu tu kami masih di sekinchan. Bersama dia ada farahin & fatin. Berita yang agak memeranjatkan kami. Mereka dah sampai Sungai Besar! OMG!! kami masih jauh! bila dayah dapat tahu je yang kami ni masih jauh untuk sampai, memang gelak besar la dia kan! memang lama la dia nak kena tunggu. hahahha! 


Akhirnya kami berjaya sampai Sungai Besar sejam lepas tu. Dayah kata dah tadi, dorang nak cari hotel yang aku book tu. tapi yang kelakarnya, aku sendiri pun tak sure location hotel tu kat mana. Nasib baik, time kereta si Erfa ni lalu depan KFC, ternampak dayah & yang lain tu masih melantak ayam. huhuhu! Erfa cadangkan kami pergi cari hotel dulu sebelum call dayah. 


Memang tragis kalau orang yang book hotel ni, boleh pulak tertinggal kertas yang tulis segala info termasuk nombor telefon hotel tu kat office kan. terbaik la!! Aku mula la rasa risau. Careless betul! macam mana benda yang paling penting tu boleh lupa??! adoi! Nasib baik (lagi sekali) mak erfa ada nombor hotel tu. Dapatlah kami call & seterusnya jumpa hotel tu! Kami pergi usha2 bilik tu. Wow! besar! selesa! toilet cantik! bersepadanlah dengan wang yang kami laburkan! =D


Mulalah babak jejak kasihan di tempat letak kereta........ bila erfa, mazni bertemu dayah & fatin... mau gamat Sungai Besar tu dengan suara kami! hahahha!! Memang sweet memory. Tapi sayang, ibu kami..anis tidak dapat bersama kerana ada aral melintang. 






                                                                                             InsyaAllah bersambung...........

2 comments: