Sahabat Keyboard

30 June 2012

Kenapa Tak Solat?? (Part 2)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. masih diberi peluang untuk menyambung tajuk ni.. rentetan daripada isu yang di publish semalam...



Jika semalam menyebut tentang ayat yang mengingatkan kita tentang solat... hmm.. hari ni, keyboard diketuk tentang kesan atau akibat apabila kita lalai dalam solat. Bila baca tentang balasan ini, mula terbayang, banyaknya hukuman yang bakal aku terima. Dulu selalu alpa. Mak suruh solat, buat tak tahu je.. sedangkan bukan tak reti tertib solat. hukum meninggalkan solat pun tau... Tapi otak dok selalu fikir.. umur masih muda. Lambat lagi nak mati kan.. terus lalai!

Bila dah makin besar ni, dah pandai IT sikit, dah ada FB.. ramai pulak kawan2 yang post pasal balasan orang yang tak solat. Mula rasa takut.. Tambahan pula, mak selalu cakap. mati tak kenal usia. kalau dah ditakdirkan kita mati dulu, muda2 pun boleh arwah! waktu tu, dah tak guna dah nak menyesal. DAH TERLAMBAT! Mungkin kita sedar atau tak, di zaman era moden yang serba canggih kini, dengan cara pemakanan yang tidak teratur, dengan bertambahnya unsur jenayah, makin ramai yang mati muda. Tak percaya? pergi google kat berita... Mula rasa takot.. dalam hati, selalu terbayang.. Kalau aku ditakdirkan mati sekarang, apa bekalan yang aku ada untuk hadap Allah nanti? cukup kew? lepas ke azab kubur? Selalu sebelum tidur mesti terfikir.. sekarang ni aku sedang enak tidur di atas tilam empuk... katakanlah aku bukak je mata nanti dah ada dalam tanah..macam mana?? (rasa nak terkeluar air mata..sebak sangat!)

isunya.. APAKAH BEKALAN KITA? CUKUP KE BEKALAN YANG ADA SETAKAT NI?

nauzubillah.. moga2 Allah terima semua amalan kita...

Mari kita kongsikan balasan meninggalkan solat.. moga menjadi iktibar kepada diri sendiri dan semua... Dipetik daripada blog Masjid Wilayah.


Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu,  seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.



SEKSA NERAKA

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas " Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda

" Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam


SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada

henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.


CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.


Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.


Enam seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.

2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.

3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.

4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.

5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.

6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.



Tiga seksa tatkala hendak mati:

1. Dia mati dalam kehinaan.

2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.

 3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas


Tiga seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.

2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.

 3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.


Tiga seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.

2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.

 3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka? Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."

No comments:

Post a Comment