Sahabat Keyboard

29 June 2012

Kenapa Tak Solat?? (Part 1)

Assalamualaikum semua... 



Hari ni pemilik keyboard ini bercuti ganti.. JPN bagi cuti ganti kerana jasa baik kami menghadirkan diri bekerja pada hari Sabtu dan Ahad bersempena pengauditan 5S 18 Jun lepas.. Alhamdulillah.. walaupun secara paksa kami disuruh untuk mengambil cuti ganti tersebut pada bulan Jun juga atau sehingga minggu depan, dapat jugalah merasa CUTI BERBAYAR.. hehehhe! Ramai yang mau mengambil cuti berganti ni untuk Hari Raya nanti.. Tapi tak dapat... Kesian~~ 


Hmm... 


Jadualku pada hari cuti seperti biasa.. Mak kerja kan.. So, ikut mak la pergi 'opis' die.. hahahah!! balik je library tu, on je tv, terhidang siaran Al-Hidayah kat TV3 tu.. Tajuk pada hari ni amat menarik... 'KENAPA TAK SOLAT'.... Soalan yang semua orang terkulat-kulat nak menjawabnya apabila ditanya oleh orang lain.. Nak2 pulak kalau yang bertanya tu adalah orang - orang yang alim.... 






Isu utama di sini adalah.. KENAPA KITA SANGAT BERAT UNTUK MENUNAIKAN SOLAT??? sedangkan kita telah dididik dari kecil2 lagi... SOLAT ITU WAJIB... tapi kenapa kita masih ambil ringan bab ini... Ustaz selalu ingatkan, dosa besar meninggalkan solat. Mak selalu kata, "kalau korang tak solat, nampaknya tak adalah sedekah fatihah untuk mak dalam kubur nanti..." dalam maksudnya kan? 


Mesti ada yang kata, "alah..tak solat pun boleh je bace fatihah untuk mak bila2 masa" betul ke statement kita tu? sedangkan solat yang wajib pun kita boleh ambil ringan, apatah lagi ibadah sunat yang lain?? hmm.. teringat satu kata2 yang dipetik daripada seorang ustaz semasa mendengar ceramah beliau dulu... 


"Ada manusia yang menunaikan ibadah sunat, tetapi meninggalkan ibadah wajib" kenyataan ini tak dapat disangkal lagi.... nawaitu pembuatnya tidak dapat dipastikan.. tetapi ada juga yang mengatakan, mereka melakukan ini kerana ingin menunjuk (riak) kepada orang lain. Wallahualam..


Semua mengetahui... PERKARA YANG PALING RINGAN DALAM DUNIA ADALAH MENINGGALKAN SOLAT... kenapa jadi begitu?? Ini kerana, kita punya 1001 sebab untuk meninggalkan solat. Tak percaya? tanya diri sendiri.. apabila kita meninggalkan solat, apa alasan yang kita beri? tak ada masa lah... kita bermusafir lah... tak sihat lah.. tak larat untuk solat la.. sibuk dengan segala urusan la... macam2.... 


Tetapi, kita selalu lupa bahawa Islam bagi kemudahan yang terlalu banyak dalam menunaikan solat. Allah tidak pernah membebankan hambaNYA dalam melakukan ibadah. Kalau sebab sakit, Allah beri kelonggaran untuk melakukan solat ikut kemampuan kita. Tak boleh berdiri, kita duduk. Tak boleh duduk, boleh baring. 


Kalau sebab tak ada masa, 24 jam sehari Allah beri, 1 waktu solat lebih kurang 10 minit. darab 5 waktu solat (kalau Subuh & maghrib lebih pendek) lebih kurang 50 minit sehari je untuk solat. tak sampai sejam pun. Tapi kalau drama (muhasabah diri) boleh je menanti drama 2 jam sampai habis. konsert pon, dengan hujan boleh redah je demi menunggu persembahan terakhir. Itu tak termasuk tengok siaran bola. sanggup kunci jam, catu waktu tidur, semata2 nak menghadap tv pagi2 buta... itu semua kenapa kita sanggup? 


Kita terlalu dipasakkan dengan hiburan yang pastinya kita tau siapa yang mencipta semua hiburan ini kan? selalu kita tengok dekat FB.. siapa angkara disebalik hiburan yang selalu kita agung2kan...? hmm... Berbalik kepada tajuk utama... KENAPA TAK SOLAT? sedangkan kita sendiri tau segala tertib solat. Bermula daripada Niat hingga memberi Salam. Segala bacaan kita hafal. Sebab dulu mase sekolah ade PAFA kan. Nak lulus SPM wajib hafal semua tu.. Tapi, dicipta pelajaran PAFA tu ada faedahnya. Bukan hafal semata2.. Tetapi untuk diamalkan... 


Time sekolah dulu selalu ustazah pesan kan.. 'Jangan Tinggal Solat, Solat Itu Tiang Agama' seperti sebuah rumah, jika tiada tiang yang kukuh, maka runtuhlah rumah itu. Ustaz dalam Al-Hidayah tadi pun ada menyatakan. "perkara pertama yang dihitung Allah semasa di Akhirat kelak adalah SOLAT. Jika solat tidak dilakukan, maka pincanglah semua amal ibadat lain yang kita lakukan."


Di sini dapat disimpulkan bahawa segala ibadat sunat, sedekah jariah, menjadi anak yang baik pada ibu bapa, seolah2 menjadi sia2 hanya kerana solat tidak dijaga. Menjaga solat bukan beerti menunaikan solat sahaja ya.. tetapi juga menunaikannya dengan sempurna. Jangan kita buat ala kadar je....fikir dalam kepala, janji solat! no! alang2 dah buat, buat betul2... Macam tugasan pejabat, kita akan buat dengan fokus yang tinggi kan..

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang orang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)

                                                                                                             InsyaAllah bersambung....

No comments:

Post a Comment